Thursday, 15 September 2016

The Making of the BLOG




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kepada saudara/saudari yang mengunjungi blog ini. Ini first time buat blog dengan belas ikhsan  laptop  kawan kat rumah sewa kerana laptop sendiri rosak hantar kedai tak siap-siap lagi. Ingatkan buat blog nie susah macam buat web programming, rupa-rupanya sangat mudah dan senang. Sebab selama ini hanya pandai baca blog orang ajerrr.


Kenapa buat blog ini? Ini jawapannya, nak diceritakan genaplah dua tahun belajar di UTeM. Dan julung kalinya seumur hidup ini dapat task buat blog dari Pn.Norazlin untuk subjek "Web Application  Development". Kami diberi tugasan untuk membuat review tentang kos ini pada hari pertama. Pada pandangan pertama tentang subjek ini, pendahuluan tentang subjek ini banyak berkaitan tentang definasi bagi www, html, http dan banyak lagi.  Ini mengingatkan kepada pembelajaran semasa di Matrikulasi dahulu, dimana kena hafal definasi tersebut kerana soalan banyak keluar mengenai "mendefinasikan" apa perkataan yang diberikan.

Tapi sayang seribu kali sayang, apa yang dibelajar di Matrikulasi sudah dilupai dan apabila ditanya di dalam lecture tentang definasi tersebut, seribu bahasa lidah terkelu tidak terkata Ini menunjukkan saraf-saraf otak sudah lama tidak berhubung. Subjek ini kita akan membelajari menggunakan  web programming seperti php, html, css, JSON dan banyak lagi. Lepas ini memang kena rajin buat review balik. Orang-orang tua pernah berkata, "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya".